Wikipedia:Bagaimana memulakan laman baru
From Wikipedia
Taipkan satu tajuk: dan klik "Ciptakan rencana baru" |
|
Disini terdapat maklumat tentang cara-cara untuk memulakan laman baru. Anda mungkin juga ingin melihat:
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Asas-asas
- Cari dan lihat jika laman yang anda ingin mulakan sudahpun wujud.
- Mulakan laman baru dari pautan-pautan berwarna merah (pautan ke laman yang tidak wujud akan diwarnakan merah)
- Pertimbangkan nama laman baru anda merujuk kepada Wikipedia:Kebiasaan memberi nama
[Sunting] Cara-cara memulakan laman baru
- Daripada pautan sedia ada
- Dengan menggunakan URL
- Dengan menggunakan Kotak pasir
[Sunting] Daripada pautan sedia ada
Untuk memulakan laman baru, anda boleh menggunakan pautan-pautan ke halaman baru. Sambil membaca rencana-rencana di Wikipedia ini, anda mungkin terlihat pautan-pautan ke laman yang belum ditulis lagi, seperti ini: Contoh laman baru (bukan pautan sebenar). Pautan ke laman-laman yang masih tidak wujud akan diwarnakan merah, klik pada pautan tersebut dan anda akan dibawa ke laman yang menyatakan:
- Letakkan teks anda di sini untuk halaman baru.
Taip rencana anda didalam kotak suntingan yang sedia ada. Apabila siap, klik pada butang 'Tunjuk Paparan' untuk semak bagaimana laman anda akan kelihatan dan jika terdapat sebarang kesalahan. Apabila anda berpuas hati, klik 'Simpan'.
[Sunting] Dengan menggunakan URL
Lagi satu cara yang lebih senang untuk memulakan laman baru ialah dengan menaip URL laman tersebut pada bar alamat pelayan web anda. Contohnya, jika anda ingin memulakan rencana tentang ayam goreng, taip:
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Ayam_goreng
Ini akan membawa anda ke laman yang memberitahu bahawa rencana tersebut tidak wujud. Klik pada pautan 'sunting' dan mula menaip rencana baru tentang ayam goreng!
[Sunting] Dengan menggunakan Kotak pasir
Cara seterusnya adalah dengan menggunakan kotak pasir.
- Pergi dan sunting laman kotak pasir
- Taip pautan ke laman baru anda, seperti berikut: [[Ayam goreng]] dan tekan butang 'Simpan'
- Klik pautan ke laman tersebut dan mula menaip!