CD-ROM
From Wikipedia
Pemacu Cakera Padat-Memori Boleh Baca, (CD-ROM Drive). Pada asasnya pemacu cakera padat boleh membaca data yang terkandung di dalam sesebuah cakera padat. Kini, dengan teknologi terbaru pemacu cakera padat bukan sahaja boleh membaca malah ia juga boleh merekodkan data ke dalam cakera padat melalui teknologi laser.
[Sunting] Penyimpanan Data
Data boleh disimpan melalui 2 kaedah, kaedah kekal (rewritable) dan kaedah bolehubah (recordable). Kaedah kekal hanya membolehkan sesuatu data direkod hanya sekali secara kekal ke atas cakera padat dan data tersebut tidak boleh dipadamkan langsung. Manakala kaedah bolehubah membenarkan data direkod dan dipadam mengikut kepada keperluan pengguna. Pemacu cakera padat terdiri daripada 3 jenis:
- . Pemacu cakera padat yang hanya boleh membaca data (CD-ROM),
- . Pemacu cakera padat yang boleh merekod sekali dan membaca memori (CD-R) dan
- . Pemacu cakera padat yang boleh merekod serta memadamkan memori berkali-kali mengikut keperluan pengguna dan membaca memori (CD-RW).