Halogen
From Wikipedia
Halogen merupakan satu siri kimia, dan merupakan unsur-unsur Kumpulan 17 (dulu Kumpulan VII) jadual berkala:
Istilah halogen bermaksud unsur yang menghasilkan garam bila bergabung dengan logam. Ia berasal dari tatanama saintifik Perancis pada abad ke-18.
Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom. Halogen lebih elektronegatif, jadi cenderung untuk menerima elektron dari unsur lain untuk memenuhkan petala elektron luarnya. Ini akan menghasilkan ion bercas negatif satu, dan dipanggil ion halida; garam yang mengandungi ion ini dipanggil halida.
Ion halida juga boleh bertindakbalas dengan atom hidrogen/air untuk menghasilkan asid. Contoh tindakbalas ialah klorin bertindakbalas dengan air menghasilkan asid hidroklorik dan asid hipoklorus (agen peluntur).
[Sunting] Sifat fizik
Sifat-sifat fizik halogen berubah secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan. Beberapa sifat fizik halogen ialah seperti:
- Saiz atom (jejari atom) halogen semakin bertambah.
- Semua halogen mempunyai ketumpatan yang rendah. Walau bagaimanapun, ketumpatan halogen semakin bertambah.
- Semua halogen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah kerana molekul-molekul halogen ditarik bersama oleh daya Van der Waals yang lemah dan hanya sedikit tenaga haba diperlukan untuk mengatasinya.
- Semua halogen tidak boleh mengalirkan elektrik.
- Semua halogen merupakan pengalir haba yang lemah.
[Sunting] Sifat kimia
- Semua atom halogen mempunyai tujuh elektron di petala luar, iaitu tujuh elektron valens.
- Kereaktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan.
Templat:Jadual berkala