Kandungan terbuka
From Wikipedia
Kandungan terbuka, dicipta dengan analogi dari "sumber terbuka", memerikan apa-apa kerja kreatif termasuklah rencana, gambar, audio dan video yang diterbitkan dalam format yang dengan jelas menyatakan ia boleh disalin. Dari segi teknik, ia seperti share alike tapi tanpa apa-apa sekatan. Bahan tersebut boleh berada dalam domain awam atau di bawah lesen seperti Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Istilah ini juga digunakan untuk menegaskan bahawa kandungannya boleh diubah suai oleh sesiapa; bukan oleh sesuatu pertubuhan, syarikat atau individu secara eksklusif.