Kelikatan
From Wikipedia
Kelikatan ialah geseran dalaman sesuatu bendalir. Kesan kelikatan dapat dilihat di bendalir di dalam paip, aliran darah etc.
Kelikatan di dalam bendalir bergantung kepada ketumpatan bendalir tersebut. Semakin tinggi ketumpatan bendalir, semakin tinggi kelikatan bendalir itu. Kelikatan juga bergantung kepada suhu, dimana jika suhu meningkat, kelikatan bendalir menurun tetapi untuk gas, kelikatan gas meningkat.
Bendalir likat selalunya cenderung itu berpaut pada permukaan yang bersentuhan dengannya. Bagi bendalir yang mengalir, selalunya terdapat lapisin nipis berdekatan dengan permukaan dimana bendalir adalah hampir dalam keadaan rehat.
Kesan kelikatan penting dalam aliran bendalir dalam paip. Menurut persamaan Bernoulli, jika di kedua-dua hujung paip mempunyai ketinggian yang sama, maka tekanan di hujung-hujung itu adalah sama. Tetapi, jika kelikatan bendalir diambil kira, tekanan di kedua-dua hujung itu tidak sama. Ini kerana daya kelikatan menentang pergerakkan bendalir. Maka untuk memastikan bendalir mengalir, satu tekanan hendaklah dikenakan di permulaan aliran. Kerana itulah kita harus memicit dibelakang tiub ubat gigi untuk mengeluarkan ubat gigi.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |