Makanan ruji
From Wikipedia
Makanan ruji merupakan makanan utama bagi sesuatu kaum atau kelompok manusia. Ia berbeza mengikut tempat, namun biasanya adalah makanan berkanji yang tidak mahal dari sumber sayuran. Ia juga mempunyai tenaga makanan yang tinggi dan boleh disimpan atau diperolehi sepanjang tahun. Walaupun berkhasiat, makanan ruji tidak mempunyai semua nutrien, dan perlu ditambah dengan makanan lain untuk mengelakkan pemakanan tidak seimbang. Sebagai contoh, makanan ruji rakyat Malaysia ialah nasi.
[Sunting] Lihat juga
- Bijian
- Kekacang
- Mi
- Nasi
- Pasta
- Roti
- Sayur akar