Norodom Sihamoni
From Wikipedia
|
||
Tempoh jawatan: | Sejak 14 Oktober 2004 | |
Sebelumnya: | Norodom Sihanouk | |
Tarikh lahir: | 14 Mei 1953 | |
Tempat lahir: | Phnom Penh |
Samdech Preah Bâromneath Norodom Sihamoni (lahir 14 Mei 1953 di Phnom Penh) ialah raja Kemboja yang terkini dan merupakan anak kepada Raja Norodom Sihanouk dan Ratu Monieath. Sebelum dilantik untuk menggantikan ayahnya sebagai raja Kemboja, beliau telah berkhidmat sebagai duta kepada UNESCO.
Putera Sihamoni lebih dikenali di Eropah sebagai seorang yang giat dalam bidang kesenian. Pada tahun 60an-70an beliau telah ke Prague untuk mempelajari seni tarian klasik dan ke Korea Utara untuk mempelajari cara membuat filem. Pada 1981, beliau berpindah ke Perancis dan menetap di sana untuk mengajar tarian balet. Beliau telah menghabiskan banyak masanya (kira-kira 20 tahun) di luar Kemboja.
Pada tahun 1993, Sihamoni dilantik sebagai delegasi Kemboja kepada UNESCO, cabang kebudayaan PBB yang bertempat di Paris. Di sini, beliau dikenali sebagai seorang yang gigih bekerja dan seorang yang amat mencintai Kemboja.
Pada 14 Oktober 2004, Putera Sihamoni dilantik oleh majlis khas sembilan anggota untuk menggantikan ayahnya, Raja Sihanouk yang telah mengumumkan penurunan takhtanya secara mendadak. Pemilihannya disetujui oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Speaker Dewan Kebangsaan, Putera Norodom Ranariddh, kedua-dua mereka anggota majlis diraja. Sihamoni ditabalkan di Phnom Penh pada 29 Oktober 2004.
Sihamoni masih belum berumahtangga dan tidak mempunyai anak. Namun ini tidak menjadi masalah kerana raja Kemboja dilantik oleh majlis diraja.