Shell
From Wikipedia
Royal Dutch Shell plc ataupun lebih dikenali sebagai Shell merupakan syarikat berkaitan dengan petroleum yang beroperasi di seluruh dunia. Syarikat Shell berasal dari Belanda. Syarikat ini bermula pada 1907 hasil gabungan dua syarikat kecil iaitu Royal Dutch Petroleum Company dan The "Shell" Transport and Trading Company.
Syarikat Shell telah memulakan operasi stesen minyak sejak sekian lama di Malaysia. Pada 1962, sebuah loji penapisan petroleum telah dibina di Port Dickson kerana kedudukan Port Dickson sebagai sebuah pelabuhan yang boleh dimajukan. Minyak mentah dibawa dari Timur Tengah khususnya dari Iraq , Kuwait dan Arab Saudi. Antara pekerja terawal di loji penapisan minyak di Port Dickson ialah Suhaimi Mohd Baki yang kini tinggal di Bukit Tuan Syeikh, Port Dickson.
Sebelum itu, Malaysia bergantung kepada petroleum yang telah diproses di Pulau Bukom, Singapura.