Airbus A330
From Wikipedia
Airbus A330 adalah pesawat komersil berbadan lebar berjulat sederhana jauh dikeluarkan oleh Airbus Industrie. Ianya dikeluarkan serentak dengan A340. Pengeluaran A330 adalah untuk bersaing dengan Boeing 767 dan Boeing 757 yang dikeluarkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Fuselaj dan sayap A330 adalah mirip dengan A340 walaupun kedua-dua siri ini mempunyai enjin yang berbeza. Fuselaj A330 adalah berdasarkan A300 dan A330 dilengkapi dengan sistem terbang dengan dawai dan dek penerbangan dari Airbus A320
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Variasi
Terdapat dua variasi A330 iaitu A330-300 (mempunyai fuselaj yang panjang) dan A330-200 (mempunyai fuselaj yang pendek)
[Sunting] A330-200
A330-200 dibangunkan untuk menggantikan A300-600R dan digunakan untuk bersaing dengan 767-300ER. Ianya merupakan versi pendek -300.Penjualan A330 adalah antara yang terbaik dan dikatakan telah berjaya mengalahkan penjualan 767.
Operator-operator bagi A330-200 ialah Aer Lingus, Air France, Air Transat, Austrian Airlines, Emirates, EVA Air, Gulf Air, LTU, Lufthansa, Malaysia Airlines, Qantas, Qatar Airways, Swiss International Air Lines, dan TAM.
[Sunting] A330-300
A330-200 , seperti -200, dibangunkan untuk menggantikan A300. Fuselajnya berasaskan A300-600 yang telah dipanjangkan dan dilengkapi dengan sayap yang baru, pengimbang dan perisian terbang dengan dawai.
Operator-operatirnya ialah Aer Lingus, Air Canada, Cathay Pacific Airways, China Airlines, Dragonair, Garuda Indonesia, Korean Air, Malaysia Airlines, Northwest Airlines, Philippine Airlines, Qantas, SAS, SN Brussels Airlines, Thai Airways International, dan US Airways.
[Sunting] A330 MRTT
Airbus A330 MRTT dan variasi A330-200 yang berfungsi sebagai Pesawat tangki pelbagai fungsi dan mempunyai penghubung isian semula. Pada Januari 2004, Kementerian Pertahanan UK memilih A330 MRTT untuk berkhidmat dengan Royal Air Force.
[Sunting] A330-200Lite
A330-200Lite merupakan variasi A330 dimana beratnya akan dikurangkan dan enjin baru akan digunakan bagi menyayingi 787-9. Ianya kemudian ditukar nama menjadi A350.
[Sunting] Spesifikasi
A330-200 | A330-300 | |
---|---|---|
Panjang: | 59.0 m (193 ft 7 in) | 63.6 m (208 ft 1 in) |
Tinggi: | 16.83m (55kaki 2in) | 16.83m (55kaki 2in) |
Rentang sayap: | 60.30m (197kaki 10in) | 60.30m (197kaki 10in) |
Berat maksimum untuk terbang naik: | 233,000 kg | 217,000 kg |
Tempat duduk: | 253 tiga kelas |
295 tiga kelas |
Kargo: | 26 LD3 | 32 LD3 |
Enjin: | CF6-80E atau PW4000 atau Trent 700 |
CF6-80E atau PW4000 atau Trent 700 |
Laju terbang: | 860km/h | 860km/h |
Julat: | 12,500 km (6,750 batu nautika) | 10,500 km (5,650 batu nautika) |
[Sunting] Kecelakaan
(Bagi rekod sehingga 2004)
- Hilang kawalan: 1 dengan kehilangan jiwa seramai 7
- Lain-lain: 1 dengan kehilangan jiwa seramai 0
- Rampasan pesawat: 2 dengan kehilangan jiwa seramai 1
Komponen berkaitan | |
---|---|
Pembangunan terkini | |
Pesawat setara |
Boeing 767 - Boeing 777 - Ilyushin Il-96 |
Siri diberi |
A300 - A310 - A318 - A319 - A320 - A321 - A330 - A340 - A350 - A380 |
Daftar berkait |
Daftar syarikat penerbangan - Daftar pesawat awam |