Minyak
From Wikipedia
- Untuk kegunaan lain, sila lihat Minyak (nyahkekaburan).
Minyak adalah satu bentuk umum sebatian kimia yang tidak boleh bercampur dengan air, dan ia berada di dalam keadaan cecair pada suhu biasa persekitaran. Bahan tersebut dikatakan juga sebagai hidrofobik or lipofilik.
Minyak terbina daripada satu atau lebih cecair hidrokarbon sebatian. Mereka adalah berbeza daripada hidrokarbon lain, seperti alkohol, keton dan eter oleh ketidakkutubannya. Perbezaan mereka daripada lemak dan lilin adalah dari segi panjang rantai molekul.
Emulsi membenarkan minyak bercampur dengan air.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Jenis
[Sunting] Biologi
[Sunting] Mineral
[Sunting] Sintetik
[Sunting] Aplikasi/Penggunaan
Minyak makan, sayuran dan minyak binatang biasanya digunakan dalam masakan, disebabkan kebolehan mereka untuk mencapai suhu yang lebih tinggi daripada air. Mereka juga bertindak sebagai perasa dan juga medium penyokong untuk vitamin dan bau-bauan.
Minyak mengandungi tenaga tersimpan yang tinggi, yang mana ianya boleh digunakan untuk pemanasan dan juga memperkasakan pembakaran enjin. Minyak digunakan untuk tujuan ini biasanya diambil daripada petroleum, tetapi sumber-sumber tenaga biologi boleh dinilai sebagai satu alternatif kepada minyak mentah yang semakin mahal.
Disebabkan oleh sifat ketidakkutubannya, minyak susah untuk melekat kepada bahan lain. Sifat ini menyebabkan ia berguna sebagai satu pelincir untuk pelbagai tujuan kejuruteraan. Minyak yang sesuai biasanya dijumpai dalam spektrum mineral, secara biologinya minyak akan terurai dalam kebanyakan keadaan persekitaran.
Petrokimia adalah satu proses penyaringan minyak mentah kepada bahan mentah lain yang lebih berguna, plastik, dan minyak-minyak yang lain.
Kebanyakan minyak mempunyai takat didih yang lebih tinggi daripada air dan juga pengalir eletrik yang rendah, membolehkan ia digunakan dalam sistem penyejukan cecair , terutamanya di mana eletrik digunakan.
Pigment warna mudah melarut dalam minyak, membuatkan minyak sesuai sebagai medium penyokong untuk cat. Proses pengeringan yang perlahan kebolehan minyak untuk bercampur menghasilkan satu stail yang realistik. Kaedah ini telah lama digunakan semenjak abad ke-15.