G8
From Wikipedia
Ahli-ahli G8 |
1. Kanada: Perdana Menteri Stephen Harper |
2. Perancis: Presiden Jacques Chirac |
3. Jerman: Canselor Angela Merkel |
4. Itali: Perdana Menteri Romano Prodi |
5. Jepun: Perdana Menteri Shinzo Abe |
6. Rusia: Presiden Vladimir Putin (pengerusi) |
7. United Kingdom: Perdana Menteri Tony Blair |
8. Amerika Syarikat: Presiden George W. Bush |
G8 adalah kumpulan yang dianggotai lapan buah negara yang dikatakan negara demokrasi perindustrian, iaitu: Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Russia, dan United Kingdom. Bersama-sama, negara-negara ini merupakan lebih kurang 65% daripada ekonomi dunia. [1] Ciri G8 ialah sebuah persidangan kemuncak politik antara ketua-ketua negara dengan pegawai-pegawai antarabangsa, selain daripada banyak mesyuarat subsidiari dan penyelidikan dasar.
Jawatan presiden G8 mengikut giliran setiap tahun. Bagi tahun 2006, jawatan ini dipegang oleh Rusia, dan sebuah persidangan kemuncak diadakan di Saint Petersburg dari 15 Julai ke 17 Julai di Istana Kongres. Jawatan presiden ini dijangka dipegang kemudian oleh Canselor Angela Merkel dari Jerman, diikuti oleh Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Latar dan sejarah
Negara-negara G8 berpunca daripada krisis minyak 1973 dan kemelesetan sejagat yang kemudian. Masalah-masalah ini menyebabkan Amerika Syarikat membentuk Kumpulan Perpustakaan, sebuah kumpulan pegawai kewangan kanan dari Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun, untuk membincangkan persoalan-persoalan ekonomi.
Pada tahun 1975, Valéry Giscard d'Estaing, Presiden Perancis, menjemput ketua-ketua negara dari enam buah negara demokrasi perindustrian ke sebuah persidangan kemuncak di Rambouillet dan mencadangkan mesyuarat-mesyuarat yang tetap. Penyerta-penyertanya bersetuju dengan sebuah mesyuarat tahunan yang diadakan di bawah sistem kepresidenan mengikut giliran dan dengan itu, membentuk apa yang digelar Kumpulan Enam (G6) yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman Barat, Perancis, dan United Kingdom. Pada persidangan kemuncak tahunan yang kedua di Puerto Rico, kumpulan ini menjadi Kumpulan Tujuh (G7) apabila Kanada mengambil bahagian atas permintaan Gerald Ford, Presiden Amerika Syarikat, pada tahun 1976. Kesatuan Eropah telah menghadiri mesyuarat-mesyuaratnya sejak ia dijemput buat pertama kali oleh United Kingdom pada tahun 1977. [2].
[Sunting] Persidangan kemuncak G6/7/8 lampau
Tempat persidangan kemuncak bertukar-tukar setiap tahun antara ahli-ahli negara mengikut susunan berikut: Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun, Itali, Kanada, Rusia, iaitu berdasarkan susunan negara menyertai kumpulan ini. Beribu-ribu wartawan datang ke persidangan ini untuk membuat liputan tentang pemimpin-pemimpin yang paling berkuasa di dunia.
- Maklumat lanjut: Logo-logo G8
[Sunting] Persidangan kemuncak masa depan
No. | Tarikh | Negara | Tempat | Laman web rasmi |
---|---|---|---|---|
Ke-33 | 2007 | Jerman | Kempinski Grand Hotel [1], Heiligendamm, Mecklenburg | www.g-8.de (sedang dibina) |
Ke-34 | 2008 | Jepun | ||
Ke-35 | 2009 | Itali | ||
Ke-36 | 2010 | Kanada | ||
Ke-37 | 2011 | Perancis | ||
Ke-38 | 2012 | Amerika Syarikat | ||
Ke-39 | 2013 | United Kingdom | ||
Ke-40 | 2014 | Rusia |
[Sunting] Lihat juga
- Forum Sosial Dunia
- Anti-globalisasi
- Negara-negara perindustrian G20
- Negara-negara membangun G20
- G33
- Forum untuk Masa Depan: Mesyuarat G8 mengenai pembaharuan Timur Tengah
- 8 Negara Membangun (D8), sekumpulan yang terdiri daripada lapan buah negara membangun Muslim yang besar
- J8
- G11, sekumpulan yang terdiri daripada sebelas negara membangun
[Sunting] Rujukan
- ↑ Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (U.N.D.P.)
- ↑ EU dan G8. Kesatuan Eropah. Dicapai pada 17 Julai 2006.