Lao
From Wikipedia
Lao adalah kumpulan ethnik Asia Tenggara. Sebahagian besar penduduk Lao tinggal samaada di Laos (sekitar 3 juta) atau Thailand (sekitar 15 juta). Ethnik Lao di Thailand tertumpu di kawasan Isan, walaupun terdapat banyak pekerja migrant dari Isan bekerjadibahagian lain negara tersebut, seperti di Bangkok. Lao bertutur pelbagai loghat bahasa Lao dan bahasa Isan, yang seringkali dianggapsebagai bahasa tunggal. Kebanyakan penduduk Isan cenderong kepada istilah Isan dari Lao hasil dari kempen "pengeThaian" pada abad ke 20, tetapi masih terdapat banyak ikatan kebudayaan antara orang-orang Lao secara keseluruhan.
[Sunting] Sejarah
Sejarah Lao adalah sejarah Laos dan sejarah Isan. Sejarah ini berpecah pada abad ke 19, apabila kekalahan pemberontakan Vientiane menentang Siam pada tahun 1827 membawa kepada pemindahan penduduk besar-besaran dari Laos moden ke Isan, meninggalkan Laos sendiri kepada kekurangan penduduk. Pemecahan itu dijadikan sebagai rasmi dengan perjanjian Franco-Siamese tahun 1893 dan 1904, yang menjadikan Isan dan Laos sempadan antara Siam dan Indochina Perancis.
Semenjak itu, kedua-dua Thailand dan Laos melaksanakan kempen berterusan untuk menukar diri mereka kepada negara negeri - (nation state) setiap satu berpusat pada penduduk Thai dan Lao. Di Isan ini bererti mengukuhkan ketaatsetiaan penduduk kepada Thailand, proses yang dikenali sebagai "pengeThaian". Ramai golongan muda terutamanya lebih gemar dianggap Isan berbanding Lao: "Isan", secara harafiahnya bererti "timur laut" menggambarkan sebahagian Thailand, sementara "Lao" menggambarkan ketaatan kepada Laos. Di Laos, sebaliknya, proses yang sama menghasilkan penggalakan bahasa dan kebudayaan Lao sebagai bahasa dan kebudayaan negara.
[Sunting] Taburan
Terdapat sekitar 3 juta Lao di Laos, membentuk sekitar 50% penduduk (sebahagian besar bakinya adalah orang kaum bukit). Etnik Lao di Laos membentuk kebanyakan Lao Loum ("Lao Tanah Rendah"). Lao membentuk satu pertiga penduduk Thailand: tumpuan utama adalah di Isan (sekitar 15 juta orang) dan di Bangkok (di mana dianggarkan sekitar satu juta migrant Lao dari Isan). Terdapat juga populasi etnik Lao seluruh Thailand Pusat, tetapi ini telah semakin diserap kepada populasi Thai umum. Masyarakat Lao kecil wujud di [[Kemboja], duduk kebanyakannya dalam bekas jajahan Lao Stung Treng (Xieng Teng di Lao), dan Vietnam, dan terdapat juga tanpa bukti, sejumlah penduduk ethnik Lao di luar negara. anggaran kasar 500,000 orang. Kebanyakan mereka merupakan pelarian dari Laos yang lari daripada Perang Indochina Kedua dan Pathet Lao.